Tudung Lycra Awning Brocade

Ni ada satu tudung baru siap..fresh from the oven, awning dia brocade….kamera ada masalah sikit..sebab tu image blur sikit kat tengah-tengah tu..sapa nak beli boleh sms atau email saya…

Advertisements

Tudung Lili@ Miri….nanti saya pos.

Cantik ni…ada banyak rama-rama, kain dia pun lain sikit dari lycra biasa..

Yang ni oren terang..sesuaila sebab Lili terserlah..

Yang ni hijau pucuk pisang….ada baju hijau tak Lili nak match?

Notice the length of that special awning? Saya buat panjang kasi ilusi optik kepada bentuk muka kasi muka Lili bujur sireh sikit..hehehhe

Produk baru saya..telekung 2 lapis

Ni produk baru saya…telekung ni dilapiskan dengan selapis kain cotton yang lain di bahagian dalam untuk kasi tebal sikit, jadi tak nampak berbayang bahagian tengkuk kita….kalau pakai telekung macam ni tak payahla nak pakai tudung lagi kat dalam telekung tu..lagi mudah kan…baru ja habis jahit ni..telekung ni dibuat dari kain kapas bermutu tinggi, ada corak bunga ros timbul…ni ada saya letak gambar sikit tapi maybe tak clear sangat, almaklumla guna kamera murah, bukan kamera photography yg mahai-mahai tu..sesuai untuk kegunaan harian mahu pun untuk yg nak buat umrah/haji.

Ni gambar sangkut kat almari buku rumah saya ni..ni untuk tunjuk keseluruhan bentuk dan rupa paras telekung tulah..

Nampak tak motif bunga ros yg comel lote tu? Belek-belekla sikit…

Gambar ni menunjukkan lapisan kain yang disambung di bahagian dalam.

Ni pulak gambar sambungan tu dari luar

Yang ni biasalah, telekung bahagian muka dari tepi.

Tulah sedikit sebanyak butiran pasal telekung 2 lapis yg saya jahit sendiri. Boleh kalau nak tempah, email saya or sms or call saja.