Produk baru saya..telekung 2 lapis

Ni produk baru saya…telekung ni dilapiskan dengan selapis kain cotton yang lain di bahagian dalam untuk kasi tebal sikit, jadi tak nampak berbayang bahagian tengkuk kita….kalau pakai telekung macam ni tak payahla nak pakai tudung lagi kat dalam telekung tu..lagi mudah kan…baru ja habis jahit ni..telekung ni dibuat dari kain kapas bermutu tinggi, ada corak bunga ros timbul…ni ada saya letak gambar sikit tapi maybe tak clear sangat, almaklumla guna kamera murah, bukan kamera photography yg mahai-mahai tu..sesuai untuk kegunaan harian mahu pun untuk yg nak buat umrah/haji.

Ni gambar sangkut kat almari buku rumah saya ni..ni untuk tunjuk keseluruhan bentuk dan rupa paras telekung tulah..

Nampak tak motif bunga ros yg comel lote tu? Belek-belekla sikit…

Gambar ni menunjukkan lapisan kain yang disambung di bahagian dalam.

Ni pulak gambar sambungan tu dari luar

Yang ni biasalah, telekung bahagian muka dari tepi.

Tulah sedikit sebanyak butiran pasal telekung 2 lapis yg saya jahit sendiri. Boleh kalau nak tempah, email saya or sms or call saja.

Advertisements

Tempahan Untuk Telekung Dibuka sekarang

Ni ada gambar kain cotton yang saya beli untuk dibuat telekung..kain ini akan dijahit dengan selapis lain plain cotton untuk menjadikannya tidak nipis berbayang ketika dipakai untuk solat. Kain cotton ini bermutu tinggi. Sapa-sapa yang menempah, dipersilakan. Kalau ada yang nak menempah kain cotton plain pun boleh request.